05 September 2022

NAFI DAKWAAN GANGGUAN SEKSUAL, BAPA PUTERI BALQIS BUAT LAPORAN POLIS? - PENGGUNA TWITTER SIAP TUNJUK BUKTI



"Setakat ini, tiada laporan polis (bapa pelakon remaja) diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur," itulah jelas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dalam laporan Harian Metro dimana beliau berkata bapa kepada pelakon remaja, Puteri Balqis membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan gangguan seksual di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah pada Ahad.


Susulan pendedahan berani Balqis atau mesra disapa sebagai Aqish, mengenai perbuatan bapa kandungnya yang didakwa pernah meraba dan mengajaknya menonton video lucah, bapa pelakon berkenaan tampil membuat laporan polis bagi menafikan perkara itu.

Dalam pada itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut bersedia memanggil pelakon terbabit sekiranya ada laporan dibuat. Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, setakat ini belum ada laporan rasmi diterima berhubung perkara itu.

Menurutnya, sekiranya perkara itu benar berlaku, pihaknya akan memanggil pelakon terbabit serta bapanya untuk disiasat dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, menerusi satu ciapan pengguna di Twitter dikenali sebagai Kamal Aziz, memaparkan paparan skrin perbualannya bersama seorang individu dipercayai ayah kepada Puteri Balqis.

Lelaki disapa sebagai GG, memaklumkan dia telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan namun enggan mendedahkan lokasi balai polis tersebut. Kata lelaki itu, dia masih waras dan mengakui tidak pernah terfikir untuk membuat perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya.

Terdahulu, pelakon remaja berusia 15 tahun itu mendedahkan perbuatan tidak senonoh bapa kandungnya ketika menjadi tetamu dalam sebuah saluran Youtube.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: