09 September 2022

NEELOFA NAFI BAYI TULAR ITU BILAL



Sememangnya ramai yang menantikan untuk melihat wajah anak sulung kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Muhammad Bilal yang kini sudah mencecah tujuh bulan.


Baru-baru ini, tular foto di kongsikan seorang pengguna TikTok yang bertanyakan adakah bayi tersebut merupakan anak kepada selebriti itu. Menerusi perkongsian itu, pengguna tersebut dilihat menjawab persoalan daripada pengikutnya yang meminta untuk berkongskan wajah sebenar Bilal.

Tidak menyatakan kesahihan gambar tersebut, pengguna itu bertanyakan semula adakah bayi tersebut sama ada anak kepada selebriti itu atau tidak.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian pengguna itu mendapat perhatian Neelofa yang tampil meninggalkan komen. Neelofa memuji kecomelan bayi itu namun menafikan gambar itu adalah anaknya.

Sementara itu, netizen lain turut meninggalkan komen mendakwa perempuan di dalam gambar tersebut adalah adik kepada suami Neelofa iaitu PU Riz namun bersama anak buahnya. Malah, perempuan dalam gambar tersebut dipercayai adik kepada PU Riz turut menjawab bahawa bayi tersebut bukan Bilal.

Untuk makluman, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada Januari lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: