09 September 2022

SELAMAT BERSALIN - UYAINA & RAJA SYAHIRAN TIMANG ANAK SULUNG LELAKI



"Assalamualaikum anakanda ku.. Penantian di hidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdullilah..


"Menjelang Maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan. Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa & agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia & seorang pemimpin yang hebat.

"Baba & Mama love you so much 🤍. Minta doa yang baik-baik dari kalian semua untuk anak sulung kami.. Dan semoga yang baik-baik berbalik kepada kalian juga," demikianlah kapsyen pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran pada sekeping foto saling memegang tangan anak mereka yang selamat dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara petang semalam.

Klik untuk gambar besar



Berita gembira itu dimaklumkan oleh pasangan ini menerusi akaun Instagram miliknya masing-masing. Difahamkan, Uyaina dan Syahiran menimang cahaya mata sulung lelaki.

Menerusi entri itu, pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu itu turut menitipkan pesanan buat bayi mereka itu semoga menjadi anak yang soleh serta taat pada ibu bapa dan agama.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: