09 September 2022

TULAR GAMBAR BERSAMA - SHARNAAZ SUDAH ADA KEKASIH SEORANG PRAMUGARI?



Semua sedia maklum, pelakon Sharnaaz Ahmad sudah dua tahun menjalani kehidupan solo selepas bercerai dengan kakak kepada selebriti popular Noor Neelofa iaitu Noor Nabila.


Maka dari itu, sudah pasti bapa seorang cahaya mata ini tidak terlepas dengan soalan jodoh ataupun bilakah akan bertemu pengganti.

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Diyya.eqa memuat naik gambarnya bersama Sharnaaz. Difahamkan, wanita tersebut merupakan seorang pramugari apabila dilihat memakai busana kebaya sebuah syarikat penerbangan.

Klik untuk gambar besar



Diruangan komen, rata-rata netizen kedua-duanya sememangnya sepadan dan tidak kurang juga ada yang mendakwa wanita itu merupakan kekasih Sharnaaz. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai perkara itu dan tiada kenyataan daripada Sharnaaz mahupun wanita tersebut.

Untuk makluman, Sharnaaz pernah berkahwin dengan Nabila pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: