"Our PRE WEDDING yesterday... For my future husband @sufianisapws, tq sayang bersama-sama mummy di pre wedding kita ini.... I love you so so much ... jumpa nanti 16/9 syg...... ❤️," tulis penyanyi dangdut Mas Idayu menerusi laman Instagram dimana dia berkongsi video momen fotografi 'pre-wedding' di Avani Sepang Resort yang ditaja oleh Magica.
Tinggal seminggu saja lagi, Mas Idayu bakal menamatkan zaman janda dengan lelaki pilihan hati, Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada 16 September ini.
Ketika sesi fotografi itu, Mas Idayu yang sebelum mengadakan majlis bersiram itu dilihat cukup cantik mengenakan busana gaun pengantin berwarna putih bersama bakal suaminya yang segak memakai sut hitam.
Klik untuk gambar besar
Menerusi entri itu, Mas Idayu turut mengucapkan terima kasih kepada penaja terbesar iaitu jenama barangan kemas Habib Jewels. Perkongsian Mas Idayu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak sabar untuk menantikan Jumaat depan dimana pasangan itu akan disatukan.
Dalam pada itu, ramai yang memuji kecantikan penyanyi itu dan mengatakan Mas Idayu sangat bahagia dan gembira serta mendoakan agar urusan perkahwinan dipermudahkan.
Difahamkan, majlis pernikahan Mas Idayu bakal diadakan di Magica Quill City, Kuala Lumpur, jam 9 pagi diikuti dengan majlis resepsi yang diadakan pada sebelah malam.
________________________
No comments:
Post a Comment