08 September 2022

BILA PENAMPILAN KETAT BABY SHIMA HINGGA NAMPAK BENTUK KENA TEGUR LAGI



Semua sedia mengetahui mengenai penyanyi dangdut, Baby Shima dimana dia sering terpalit dengan pelbagai kontroversi panas antaranya tariannya yang sering menimbulkan rasa kurang senang netizen.


Baru-baru ini, perkongsian video penyanyi itu sekali lagi menjadi perhatian ketika berada di sebuah studio terletak di Jakarta apabula tampil dengan pakaian mencolok mata.

Menerusi video itu, Baby Shima dilihat memakai t-shirt putih serta berseluar seperti legging krim seolah warna kulit sekaligus mengejutkan netizen.

Klik untuk gambar besar



"Ampun.... makasih banyak @nagaswaraofficial udah sambut shima pulang ♥️♥️🇮🇩🇮🇩🙏🏻 #babyshima #adanampakmummyhappy #byma," tulis Shima sebagai video tersebut.

Foto berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur penyanyi itu kerana berpakaian terlalu ketat serta meminta supaya tampil dengan pakaian lebih longgar.

Terdahulu, netizen merayu kepada Baby shima supaya terus menetap di Indonesia. Difahamkan, penyanyi itu berada di sana. bagi menyambung kembali kerja-kerja di sana selepas lebih dua tertangguh akibat pandemik.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: