29 September 2022

NETIZEN HENTAM BALIK AHMAD IDHAM ISU TEGUR NAMIE 'UBI': "HABIS YANG BERLAKON WATAK OKU TU MACAM MANA?"



Menerusi program Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 (MLS3), kumpulan UBI yang dianggotai oleh Fad Bocey, Syarif Zero dan Namie sering kali mencuit hati orang ramai dengan persembahan sketsa mereka sehingga dinobat sebagai juara program tersebut.


Pada minggu akhir MLS3, kumpulan UBI telah melakonkan watak sebagai tiga adik beradik yang mengalami pergaduhan kecil. Apa yang berjaya menarik perhatian orang ramai adalah Namie yang membawa watak sebagai adik dan membuat parodi meniru gaya percakapan pelawak, Yoe Parey. Persembahan UBI itu telah dimuat naik semula menerusi aplikasi TikTok, sehingga ia tular di media sosial.

Susulan persembahan itu, pelakon dan pengarah iaitu Datuk Ahmad Idham telah memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya dan meluahkan rasa tidak senang dengan kumpulan UBI. Menurut Ahmad Idham, kumpulan UBI seakan mempersendakan dan menggunakan anak istimewa sebagai bahan jenaka.

Klik untuk gambar besar



Malah, pengarah filem 'Pencuri Hati Mr. Cinderella' itu turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Namie dipercayai meniru watak Yoe Parey yang didiagnos mempunyai masalah pembelajaran.

"Saya ada anak istimewa, itu satu perkara yang kita perlu ambil serius. Dah tak ada idea sangat ke?" antara petikan kata Idham.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai, ada yang turut bersetuju dengan kenyataan Ahmad Idham.



Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapatnya kerana menganggap watak yang dibawa Namie sedikit pun tidak menghina atau mempersendakan mana-mana pihak, sebaliknya mempunyai maksud tersirat.

Selain itu, mereka juga meminta Idham untuk melihat perkara itu dari sudut positif dan lebih mementingkan mesej yang ingin disampaikan kumpulan tersebut berbanding hanya memberi kritikan.

Soal netizen lagi, jika Idham mempersoalkan karakter dibawa Namie itu, bagaimana pula dengan lakonan yang dibawakan oleh pelakon yang menuntutnya untuk melakonkan watak anak istimewa dalam sesebuah naskhah.



"Tak rasa diorang mempersendakan, tak ada pula dihina-hina, dalam watak itu pun ada mesej. Contohnya, walaupun adiknya OKU (watak namie) tapi dia tetap ada hati dan perasaan. Dialog Fad cakap mungkin diorang berdua menumpang rezeki adik diorang yang OKU tu."

"Kenapa tak tengok mesej yang UBI bagi? Mereka bukan buli watak tersebut. Mesej yang mereka sampaikan sangat jelas. Jangan abaikan orang macam watak yang UBI lakonkan sebab mereka yang istimewa tu patut di layan dengan baik. Jarang komen ni tapi kali ni rasa nak komen."

"Habis kalau pelakon yang berlakon dalam watak OKU tu kira persendakan juga ke macam mana ya tuan pengarah...?" demikianlah kata-kata netizen.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: