29 September 2022

SHILA AMZAH DIKECAM TINDIK HIDUNG - PEMINAT TAMPIL PERTAHANKAN



Nama penyanyi Shila Amzah sebelum ini menjadi bualan ramai apabila diusik oleh pengacara Elly Mazlein baru-baru ini di konsert kedua di pentas Gegar Vaganza apabila bekas kekasihnya, pelakon Sharnaaz Ahmad hadir sebagai pentonton.


Namun, bukan itu saja, apabila penampilannya yang menindik hidung turut menjadi bualan penonton pada malam persembahan itu. Menerusi video temu bual yang muat naik di TikTok, ada netizen mengecam serta mempertikaikan imej bertindik itu yang dikatakan seperti 'lembu'.

Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan mengapa perlu menindik hidung. Bagaimanapun, komen individu itu dibalas oleh peminat Shila yang menyifatkan pertanyaan itu seolah tidak wajar.

Klik untuk gambar besar



Rata-rata netizen mempertahankan Shila dengan mengatakan penampilan Shila itu tidak keterlaluan dan itu adalah haknya sendiri untuk berbuat demikian.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan mungkin Shila hanya menggunakan tindik hidung jenis pelekat dan hanya digayakan ketika persembahan sahaja. Bagaimanapun, difahamkan komen-komen tersebut telahpun dipadam.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: