Nampaknya nama influencer iaitu Sabrina Azhar sekali lagi mendapat perhatian apabila kali ini dikritik memakai pakaian nipis sehingga menampakkan sports bra. Sebelum ini, Sabrina pernah ditegur kerana menari sambil berhijab dan berpakaian ketat.
Dalam satu video yang dimuat naik oleh Sabrina sendiri di akaun TikTok miliknya, dia memaparkan dirinya yang memakai hoodie kelabu sebelum mengenakan jaket yang dipadankan dengan t-shirt putih nipis pada bahagian dalam.
Ekoran video tersebut, rata-rata warganet berasa kurang senang serta berharap agar Sabrina sentiasa kekal istiqomah.
"Slowly istiqomah dear." - "Keep istiqomah," tulis beberapa netizen.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ada juga yang menyifatkan Sabrina mengalami kejutan budaya kerana menyambung pelajaran di negara Korea Selatan.
Untuk makluman, Sabrina sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pandangan sebagai gadis berhijab yang suka menari dalam temu bual platform antarabangsa BBC World Service.
________________________
No comments:
Post a Comment