Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal baru-baru ini telah mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulung mereka, Ahmad Fakharuddin Attar Suhairi.
Sekitar majlis tersebut telah dikongsikan Wawa menerusi laman Instagram dengan memuat naik sebuah hantaran video dimana ia memaparkan sambutan ulang tahun kelahiran anak pertama mereka.
Melihat pada video itu, Attar dilihat gembira menyambut hari lahirnya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan rapat yang datang ke majlis. Malah, Wawa turut menitipkan ucapan hari lari kepada Attar di ruangan kapsyen dan meluahkan rasa syukur melahirkan anak lelakinya itu.
"Happy birthday tanda cinta pertama ayah mama... Ahmad Fakharuddin Attar.. sudah 9 tahun berlalu.. kenangan mengandungkan & melahirkan Attar memang tak kan pernah padam di ingatan mama.. Semoga menjadi abang & anak yang baik.. amin ya rabbal alamin 🥹. We love you.. always brother ❤️," tulis Wawa.
Klik untuk gambar besar
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah penggunaan kartun 'Huggy Wuggy' sebagai tema utama majlis ulang tahun berkenaan.
Difahamkan, kartun 'Huggy Wuggy' merupakan karakter yang sangat menakutkan selain membawa unsur negatif seperti melibatkan watak pembunuhan dan tidak sesuai untuk menjadi tontonan kanak-kanak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah menegur Aeril dan Wawa supaya tidak mempromosikan kartun tersebut dan meminta selebriti itu untuk lebih peka tentang kartun kesukaan anaknya itu.
________________________
No comments:
Post a Comment