03 September 2022

SANGGUP JALANI RAWATAN IVF, DIBEDAH DEMI DAPAT ZURIAT - ACHEY TERHARU PENGORBANAN ISTERI



"Pengorbanan yang dia buat ni adalah pengorbanan yang sangat-sangat besar untuk saya lah. Sebab nak buat IVF dan juga pembedahan ni ibarat macam dia mempertaruhkan diri dia... dibelah sana-sini, dibedah sana-sini.


"Sedangkan benda tu kalau berpandukan pada rezeki kan," demikian luahan pelawak Achey Bocey mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya, Nor Hasanah Yahaya dimana dia sedang menjalani rawatan kaedah pensenyawaan invitro (IVF) di sebuah pusat perubatan di negeri Johor, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Achey berkata, dia terpaksa berulang alik ke Johor untuk menziarah isterinya di pusat perubatan. Achey atau nama sebenarnya Nasir Hamzah, 36, memberitahu keadaan kesihatan isterinya beransur pulih selepas menjalani pembedahan membuang tiub fallopian pada 18 Ogos lalu.

Klik untuk gambar besar



"Saya ulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan sudah menjadi rutin yang perlu saya lakukan selama dua bulan setengah kerana isteri berada disana. Keadaan isteri saya sekarang semuanya okay cuma dia ada mengalami sedikit pendarahan dan perlu jumpa doktor dalam masa terdekat ini.

"Ini adalah pengorbanan yang perlu saya lakukan cuma yang saya dapat rasakan sedikit kepenatan apabila terpaksa ambil alih tugas isteri dirumah. Sekarang baru saya tahu betapa sukarnya menjadi suri rumah," ujar Achey.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: