02 September 2022

PANDANGAN RAIHAN BERHUBUNG KONSERT ARTIS ANTARABANGSA TERIMA RESPON PU SYED: "TAKKAN TIMBUL ISLAM AGAMA YANG KERAS"



"Jika benarlah abang-abang raihan ada ulas isu penganjuran konsert..dan menyatakan taknak lihat islam agama yg keras.. Secara asasnya hiburan tak menjadi masalah..cuma yg menjadi teguran adalah penganjuran konsert yg melalaikan manusia dari ingat kepada Allah dan percampuran unsur-unsur lagha dlm persembahan.


"Takkan timbul islam agama yg keras atau lembut bila bertembung dgn sesuatu kemungkaran. Baginda Rasul seorang yg lemah lembut, namun tatkala bertembung dgn kemungkaran..Baginda bersikap tegas.. begitulah juga dgn para sahabah

"Jika penganjuran boleh patuh syariah silakan dianjurkan, tiada siapa yg akan bantah dan sekat. #AdeAmbeTakut," demikianlah kata pendakwah bebas, PU Syed menerusi laman Instagram miliknya dimana dia membalas pandangan kumpulan nasyid terkenal negara, Raihan berhubung isu konsert artis antarabangsa.

Sebelum ini, Raihan memberikan pendapat di mana tidak perlu untuk mengharamkan konsert artis antarabangsa, sebaliknya memperketatkan atau menyediakan garis panduan yang baik ketika mereka membuat persembahan di Malaysia.

Kenyataan itu mendapat perhatian PU Syed yang menyatakan bahawa teguran yang diberikan sebelum ini adalah lebih menjurus kepada tujuan penganjuran konsert diadakan.

Klik untuk gambar besar



Menurut Syed, teguran yang diberi adalah khas untuk konsert yang melalaikan dan terdapat unsur-unsur tidak baik yang membuatkan manusia lupa akan Allah SWT.

"Secara asasnya hiburan tak menjadi masalah..Cuma yang menjadi teguran adalah penganjuran konsert yang melalaikan manusia dari ingat kepada Allah dan percampuran unsur-unsur lagha dlm persembahan," ujarnya.

Tambahnya lagi, tidak akan timbul tanggapan buruk terhadap Islam jika konsert-konsert sedemikian diharamkan jika ianya sesuatu kemungkaran yang perlu diperangi.

"Takkan timbul Islam agama yang keras atau lembut bila bertembung dengan sesuatu kemungkaran. Baginda Rasul seorang yang lemah lembut, namun tatkala bertembung dengan kemungkaran..Baginda bersikap tegas..begitulah juga dengan para sahabat," tuturnya yang tidak menghalang penganjur untuk menjalankan konsert sekiranya dapat mematuhi syariah yang ditetapkan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: