02 September 2022

WANITA MIRIP FAZURA DIKATA MAKIN 'OVER': "DAH LAH TU, JADI DIRI SENDIRI SUDAH"



Umum sedia mengetahui mengenai seorang wanita yang dikatakan memiliki wajah dan suaranya persis selebriti jelita, Nur Fazura, sehingga ia meraih perhatian ramai warganet di media sosial.


Malah, sebelum ini Fazura sendiri pernah meninggalkan komen menerusi salah satu video di TikTok wanita ini. Sejak itu, dia sering mendapat permintaan daripada pengikut di TikTok untuk meniru atau membuat sesuatu seperti Fazura sebagai contoh, meniru suara isteri Fattah Amin itu.

Namun, menerusi salah satu video yang dimuat naik oleh Ellya Farahanny di TikTok, netizen memintanya untuk berhenti membuktikan dia betul-betul persis Fazura.

Menurut mereka, makin lama ia menjadi bosan kerana dia sering membuat video berkaitan pelakon tersebut. Ramai netizen menyuruh Ellya untuk menjadi dirinya sendiri meskipun wajah dan suaranya disamakan seperti seorang selebriti terkenal.

Bagaimanapun, segelintir netizen memberikan komen positif dan berkata Ellya hanya menunaikan permintaan pengikutnya di aplikasi itu.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: