05 September 2022

PUTERI BALQIS DIKECAM BUKA AIB - IBU DEDAH SIKAP 'JIJIK' BEKAS SUAMI



"Sebelum sekutu-sekutu dan saudara mara anda berterusan menghina, 'nak siasat' dan mengugut saya dan anak saya ingatkan kembali kes-kes curi motor ketika dia (suami) bekerja sebagai guard di sebuah sekolah menengah. Motor-motor yang dicuri disembunyikan dalam longkang di tepi pondok guard.


"Memaksa saya untuk berada di pondok guard, dipaksa dan dilatan seperti anjing kurap, meninggalkan saya waktu malam seorang diri di pondok guard. Tidak dibenarkan ke mana-mana, sementara dia dan seorang lagi guard menjalankan samun dan curi motor. Adakah itu bukan jenayah dan abuse?

"Ketika di Sungai Wang, dia memaksa saya tidur di dalam satu bilik yang penuh dengan lelaki sedang menghisap 'ice' sehingga saya muntah teruk kerana kesan asap 'ice' yang terlalu banyak dan saya sentiasa dalam ketakutan tidak tahu ke mana arah apabila melihat salah seorang dari mereka sedang, 'high' sedang masturbate. Tidak ada tempat untuk saya mengadu waktu itu dia bangga ‘battle’ mabuk bersama kawan-kawannya yang lain.

"Kami jijik. It was a nightmare for us. Terlalu banyak yang dipendam oleh anak saya. Bila kena pada anak netizen, "kita kena fight!" Bila kena pada seorang pelakon, "Oh dia cuma belakon.."

Klik untuk gambar besar



"Adakah saya mangsa? Adakah anak saya mangsa? Tidak. Kenapa tak buat report? Kenapa nak takut sangat? Pada setiap yang saya jelaskan dan tidak lagi saya jelaskan, dia tidak pernah ditangkap atau tertangkap, kerana dia punya kroni yang terlalu ramai," antara petikan kata-kata ibu kepada pelakon remaja, Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz menerusi perkongsian di Insta Story.

Ibu Puteri Balqis meluahkan rasa kesal tersebut apabila ada netizen mendakwa anaknya itu membuka aib bapanya. Tampil mempertahankan anaknya, Ashikin mendedahkan sikap 'jijik' suaminya namun sebaliknya dirinya yang dipandang jahat dan hina.

Menurut Ashikin, bekas suaminya itu terlibat dalam jenayah mencuri ketika bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah serta mempersoalkan kembali adakah ianya bukan satu kesalahan jenayah.

Tidak terhenti di situ, Norashikin mendedahkan suaminya dikatakan pernah mencuri telefon bimbit yang ditinggalkan individu di atas meja. Malah pada suatu ketika, dirinya yang sedang hamil terpaksa tidur di dalam kereta kerana melarikan diri daripada Ahlong (yang dipinjam suami).



Berkongsi pengalaman hitamnya, ketika sedang hamil dia pernah dipaksa oleh bekas suaminya untuk tinggal dalam satu bilik dipenuhi lelaki yang sentiasa berada dalam ketakutan. Dedahnya lagi, apabila bekas suaminya marah, Ashikin berkata pedang samurai akan diletakkan dilehernya.

Lebih mengejutkan apabila tergamak memaksanya melakukan aksi tidak senonoh di dalam kereta sedangkan pada ketika itu, anak perempuan mereka berada di bahagian tempat duduk belakang. Jika menolak, suaminya itu akan melancap ketika memandu.

Ibu pelakon remaja itu turut mempersoalkan dimana keadilan buat diri dan anaknya yang lebih 15 tahun berdiam diri. Askhin turut menjawab persoalan ramai mengapa dia tidak membuat laporan polis, jelasnya bekas suaminya tidak pernah ditangkap kerana mempunyai ramai kroni.



Nama Puteri Balqis ketika ini hangat diperkatakan selepas membuat pendedahan mengenai sikap buruk bapanya selepas sekian lama memendam rasa. Pendedahan Puteri Balqis itu mengejutkan ramai pihak apatah lagi mendakwa dicium, diraba dan diajak untuk menonton lucah oleh bapanya ketika diusia masih kecil.

Susulan pendedahan Balqis itu, ramai yang meminta pelakon itu membuat laporan serta berharap agar bapanya dikenakan hukuman undang-undang. Bagaimanapun, ada yang sesetengah netizen yang mengatakan tindakan Balqis itu membuka aib serta memaukan bapanya.

Malah, ada yang mengecam Balqis kerana mendedahkan sikap buruk bapanya kepada umum serta menyifatkan ianya ujian buat pelakon itu. Lebih menyedihkan, seorang pengguna Twitter berkata golongan yang meminta untuk Puteri Balqis untuk berdiam diri adalah dikalangan wanita.

Terdahulu, Puteri Balqis yang juga membongkar sikap bapa kandungnya yang disifatkan pemalas dan ibu diperlakukan dengan teruk itu turut meminta maaf kepada ibunya kerana tidak mampu lagi untuk berdiam diri apatah lagi ibunya dihentam teruk oleh masyarakat yang tidak tahu hal sebenar.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: