04 September 2022

MAS IDAYU BERSIRAM AIR BUNGA - ANAK GEMBIRA, TAK SABAR TERIMA 'DADDY BAHARU: "NAMPAK SANGAT 'MUMMY' BERSERI-SERI..."



"Majlis bersiram by @telagabungaspa. Terima kasih banyak untuk @dndbeautyhouse @muasmo @anasabdullah.kl and @ayum_primadona mempersiapkan and uruskan majlis bersiram mummy ni 🥰 #majlisbersiram #twentyskincare," tulis penyanyi dangdut, Mas Idayu menerusi laman Instagram miliknya dimana dia mengadakan majlis bersiram air bunga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pagi tadi.


Anak Mas Idayu iaitu Nur Dayini Asyiqa, 25, turut berkongsi kegembiraan ibunya yang bakal berkahwin kali kedua pada 16 September ini. Dayini berkata, perubahan besar ibunya itu memang cukup dirasakan sehingga dia sendiri terikut berbunga-bunga hati menerima kehadiran 'daddy' baharu tidak lama lagi.

"Hari-hari tengok 'mummy happy' sekarang. Nampak sangat 'mummy' berseri-seri menjelang majlis bermaknanya itu nanti. Dalam pada teruja, nampak jugalah rasa gundahnya tapi 'mummy' memang beria jayakan setiap majlis diatur buatnya.

"Sebagai orang yang paling setia berada di sisinya, saya dapat rasakan kebahagiaannya. Saya pun tak sabar terima 'daddy' baharu meskipun hakikatnya sudah kenal rapat dengannya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Penyanyi lagu 'Cintaku 100%' itu akui tidak keruan menjelang hari bahagiannya namun sangat bersyukur apabila dibanjiri tajaan sehingga terpaksa menolak banyak tawaran daripada pelbagai pihak.

"Tajaan kini hampir mencecah RM8 juta dan masih ada banyak yang masuk. Saya terpaksa menolak tawaran termasuk yang datang dari utara tanah air memandangkan sudah menetapkan ambil tajaan terdahulu.

"Saya tak nafikan memang sekarang ibarat makan tak kenyang, tidur tak lena menghitung hari menjelang majlis nikah nanti. Syukur sangat saya cuma perlu 'bawa badan' kerana tajaan sudah lengkap pada majlis itu," ujarnya.


Terdahulu, Mas Idayu mengumumkan bakal bernikah dengan lelaki pilihan juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 September ini. Mereka turut mendapat tajaan perkahwinan bernilai RM7 juta daripada pelbagai pihak merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.

Majlis pernikahan itu juga bakal diadakan di Magica Quill City, Kuala Lumpur, jam 9 pagi dan pada sebelah malam pula akan diadakan majlis resepsi dengan tema 'fairy tale' dengan tetamu jemputan seramai 320 orang.

Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 50, dan Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 lalu dan baru menjalin hubungan serius pada tahun ini.

Untuk makluman, penyanyi terbabit pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dayini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: