04 September 2022

SHARNAAZ, NABILA SAMBUT BIRTHDAY ANAK BERSAMA - RAMAI PUJI TAPI ADA TANYA MANA ENGKU EMRAN?



"Happy Birthday Our Malaysian Fiderman… Baba and Mummy love u so much my boy.. Hope you have a blast!! Thank you mummy for all this!" tulis pelakon Sharnaaz Ahmad

"Happy birthday my sweet boy @jebatjayden, mommy sayang anak mommy dunia akhirat. ❤️❤️❤️," tutur bekas isteri Sharnaaz, Noor Nabila pula.


Baru-baru ini, Sharnaaz dan Nabila telah menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-4 anak mereka, Jebat Jayden bersama semalam telah mendapat pujian ramai. Malah paling mendapat perhatian apabila dalam perkongsian di Instagram (IG), Sharnaaz dan Nabila dilihat tidak kekok bergambar bersama-sama dengan anak mereka ketika sambutan hari jadi berkenaan.

Dalam sambutan hari jadi itu, dilihat mereka sama-sama meraikan hari jadi anak mereka, malah Sharnaaz turut mengenakan baju tema Spiderman. Rata-rata kagum dengan sikap profesional mereka berdua yang dilihat berusaha untuk menggembirakan anak mereka dalam tema kartun 'Spiderman' itu.

"Always love how Nabila and Sharnaaz can still snap a picture together with their son regardless ofthe situation and still respect each other," puji salah seorang pengikut laman sosial itu.

Klik untuk gambar besar



"Gambar bersama sangat menyentuh hati... happy birthday boy," komen salah seorang warga maya.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan, majlis dihadiri hanya keluarga dan rakan terdekat dan diadakan dengan meriah. Namun dari perkongsian itu kelibat suami Nabila, Engku Emran tidak kelihatan dan menjadi tanda tanya.

Untuk makluman, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak, Jebat. Nabila kemudian kembali bergelar isteri dengan Engku Emran pada 19 Mac 2021.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: