06 September 2022

SELAMAT BERSALIN - TASHA SHILA TIMANG ANAK KEDUA, NYLA KAADIRA



Sekitar 10.37 pagi semalam, pelakon Tasha Shilla telah selamat melahirkan cahaya mata kedua yang merupakan bayi perempuan seberat 3.19 kilogram secara pembedahan.


Suami Tasha iaitu Muhammad Atiq Idris, memaklumkan proses pembedahan dipermudahkan dan keadaan Tasha dan bayi mereka dalam keadaan baik. Dalam pada itu, pasangan itu juga memaklumkan memilih nama Nyla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka itu

"Syukur kerana pembedahan selama 45 minit itu juga turut berjalan dengan lancar. Malah, saya juga berada di dalam bilik pembedahan untuk menemani Tasha. Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan urusan pembedahan," jelasnya.

Untuk makluman, Tasha dan Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020. Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki, Raeez Zander kini berusia setahun lima bulan.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: