06 September 2022

"TIDAK BENAR... PLEASE STOP!" - NAD ZAINAL TERGANGGU ISU TULAR VIDEO SEOLAH BERI 'HINT' KONFLIK RUMAH TANGGA



"Berikutan video temuramah yang tular, ramai membuat spekulasi saya memberi bayangan tentang keadaan rumah tangga saya sebelum ini, yang mana tidak benar. Please stop! Saya terganggu dengan spekulasi yang berbangkit," itulah kata pelakon Nad Zainal yang menyangkal dakwaan kononnya memberi bayangan tentang keadaan rumah tangganya dalam satu sesi temu bual yang sedang tular di media sosial ketika ini.


Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, sebaliknya berkata, ia hanya temuramah berkenaan isu kecurangan rumah tanggan rentetan daripada tayangan finale drama bersiri 'Dendam Seorang Isteri' baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nad menjelaskan penceraiannya dengan bekas suami iaitu Muhammad Faliq tiada kena mengena dengan kehadiran orang ketiga seperti didakwa berdasarkan temu bual berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Sebaliknya kata Nad, apa yang terjadi tidak perlu dikongsi kepada umum dan tiada apa yang perlu diambil sebagai contoh: "Tiada orang ketiga. Tiada... Apa yang terjadi tidak perlu dikongsi. Tiada apa yang perlu diambil sebagai contoh. Let's move on," tuturnya.

Sebelum ini, menerusi video temu bual yang menjadi tular itu, Nad yang memberi contoh dirinya memberitahu sekiranya pasangan bersikap curang, dia lebih suka jika sang suami berterus terang dan tidak menipu dirinya.

Kata Nad, sekiranya perkara itu berlaku kepada dirinya, dia tidak akan cuba pertahankan perkahwinan sebaliknya akan membiarkan suami untuk pergi ke pihak lain dan tidak perlu bergaduh demi mempertahankan rumah tangga.



"Saya cakap sendiri dengan pasangan saya, kalau you dah tak ada hati, cakap terus dengan saya, tak payah tipu-tipu. I tak nak tahu daripada orang lain. Sekarang ni, tak kisalah suami kita tu kaya ke, elok ke. Saya tak ada nak pujuk-pujuk. Just go lah! Malaslah nak gaduh-gaduh," ujarnya.

Pada Sabtu lalu, Nad mengejutkan peminat apabila mendedahkan ikatan perkahwinan selama tujuh tahun yang dibina bersama suami akhirnya terlerai. Pelakon tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan punca dan tarikh sebenar dia dan Muhammad Faliq bercerai.

Untuk makluman, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom, setahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: