06 September 2022

AKSI BERBALAS CIUM DENGAN PELAWAK INDONESIA, DIPELUK PEMINAT - MEERQEEN MOHON MAAF, AKAN BERHATI-HATI



Nama pelakon Meerqeen sebelum ini hangat diperkatakan susulan kontroversi dia mencium pelawak terkenal Indonesia, Kiky Saputri ketika menghadiri sebuah program hiburan di sana, bulan lalu.


Dalam kejadian berasingan, aksi Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, turut menjadi bahan perdebatan di laman sosial apabila membiarkan dirinya dipeluk peminat wanita.

Selepas sekian lama mengunci mulut, Meerqeen yang kesal dengan apa yang berlaku itu berkata, insiden tersebut dijadikan iktibar dan membuatkannya mengambil langkah berjaga-jaga dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

"Saya minta maaf atas apa yang berlaku di Jakarta, Indonesia. Sudah tentu saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Saya tahu kita berada di Malaysia, jadi saya akan hati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga. Saya kena sentiasa berwaspada dengan tindak-tanduk saya selepas ini," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Ditanya adakah insiden yang mencetuskan kontroversi itu mengganggu dirinya hingga mengambil masa yang lama untuk memberikan kenyataan kepada media, Meerqeen menafikan perkara itu.

"Ia tak mengganggu saya. Saya jenis fokus pada kerja, diri sendiri dan keluarga. Jadi, saya fikir ia tak kacau pun. Saya tahu apa saya nak. Cuma, apa yang berlaku di Jakarta itu pihak pengurusan saya akan menjawab. Tunggu masa sesuai," katanya.

Mengulas adakah kontroversi mengganggu emosinya, pelakon yang meledak dengan drama rantaian, 'Melur Untuk Firdaus' ini berkata, kesibukan membuatkannya tidak mempunyai masa untuk memikirkan apa yang berlaku.



"Sejujurnya, saya tidak rasa kontroversi ini mengganggu kerana saya ada banyak perkara yang harus diberi tumpuan. Keutamaan saya untuk diri sendiri, keluarga dan kerjaya demi mencapai matlamat apabila memilih kerjaya dalam bidang seni.

"Bila saya fokus kepada semua perkara ini, apa sahaja yang berlaku, saya tak anggap ia sebagai satu gangguan. Begitu juga dakwaan mengatakan saya kini sukar memberikan kerjasama.

"Saya bukanlah seperti didakwa, cuma fokus saya lebih kepada kerja apabila berada di lokasi penggambaran. Ini kerana saya mahu menghasilkan yang terbaik pada lakonan. Saya hanya ikut jadual yang diatur syarikat pengurusan," jelas penyanyi lagu 'Menunggu' ini.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: