06 September 2022

"SAYA BUKANLAH WANITA YANG MEMANDANG HARTA" - AYDA JEBAT NAFI TUDUHAN KAHWIN NABIL MAHIR KERANA KAYA



Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang sudah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga itu tampil menafikan dakwaan dia berkahwin dengan suaminya, Nabil Mahir kerana harta.


Jelas Ayda, dia tidak terfikir mengenai perkara itu kerana sehingga kini apa saja yang diinginkannya akan dibeli dengan hasil titik peluhnya sendiri.

Dalam pada itu, dia lebih selesa dengan caranya yang menggunakan duit sendiri kerana apa yang penting baginya suami tercinta memberikan kasih sayang.

"Saya bukanlah wanita yang memandang harta. Benar, Nabil ada berikan nafkah tetapi bagi saya, kita tidak boleh terlalu bergantung pada duit suami semata-mata.

Klik untuk gambar besar



"Apa yang saya nak, saya beli sendiri. Nabil juga sangat kenal dengan saya yang tidak suka meminta-minta walhal dia selalu tanya kenapa tak minta sahaja daripadanya.

"Saya selesa dengan cara begini. Kalau saya beli barang, saya anggap sahaja yang ia merupakan rewards untuk diri sendiri. Cukuplah Nabil beri saya kasih sayang dan perhatian," katanya.

Untuk makluman, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada 21 September tahun lalu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: