15 September 2022

SHUK LUAH RASA SYUKUR DAPAT TUNAI UMRAH - KOMEN FARA SALLEH TARIK PERHATIAN



"Alhamdulillah aku sampai... doakan aku dapat lupakan sekejap urusan dunia yang xkan pernah habis ya Allah... ," itulah tulis pelawak dan pengacara Shuk Sahar yang meluahkan rasa syukur apabila dia berpeluang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.


Selain itu, Shuk turut memohon pengikut di laman Instagram untuk mendoakannya supaya dia boleh melupakan hal-hal dunia sepanjang keberadaannya di Mekah.

Menerusi ruangan komen, ramai dalam kalangan rakan-rakan artis yang turut memberikan respons positif terhadap perkongsi Shuk itu. Antaranya termasuklah pelakon dan penyanyi Izzue Islam, Shuib Sepahtu, Ajak Shiro dan juga Azhan Rani.

Selain rakan artis, wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Shuk iaitu Fara Salleh juga turut tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen buat pelawak itu sehingga menyorot perhatian netizen.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah, akhirnya," tulis Fara pada ruangan komen.

Shuk kemudiannya membalas: "Alhamdulillah, terima kasih."

Komen yang ditinggalkan oleh Fara itu menerima sebanyak 21 tanda suka dalam kalangan pengikut Shuk.



Terdahulu, Shuk menafikan khabar angin mendakwa dirinya telah mengahwini Fara, sungguhpun status bersama isteri, Rosa Sera masih lagi menjadi tanda tanya.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut berlaku selepas berkali-kali Shuk didakwa berlaku curang terhadap isterinya terutama dengan seorang wanita bernama Fara Salleh.

Untuk makluman, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: