15 September 2022

TERIMA MESEJ MAKIAN - PU SYED CABAR UNTUK BERSEMUKA: "JANGAN JADI PONDAN!!"



"Ada lagi meseg-meseg yang di PM pada ambe oleh budok-budok tak cukup umur ni.. Ape dia ingat ambe takut dengan cercaan dan makian mereka!? Kalau berani mari depan ambe la boh!! Jangan jadi pondan!! #AdeAmbeTakut," selar pendakwah bebas, PU Syed menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.


Semua sedia mengetahui PU Syed memang cukup dikenali dengan kelantangannya dalam menegur perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Selain itu, dia juga sering mengkritik penganjuran acara-acara hiburan di Malaysia, khususnya konsert berskala besar yang diadakan oleh artis luar negara.

Bagaimanapun, mungkin tidak semua bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh PU Syed. Disebabkan itu, PU Syed masih lagi menerima mesej-mesej berupa makian di ruangan DM di platform-platform media sosial miliknya.

Klik untuk gambar besar



Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memberikan maklum balas positif kepada PU Syed atau nama penuhnya Syed Mohd. Bakri Syed Ishak, selain mengingatkannya supaya bersabar.

"Sabar ustaz. Orang yang sampaikan kebenaran memang ada sebahagian manusia tak senang duduk. Kerusi mereka tiba-tiba panas." - "Kalau mereka turun padang, jangan lupa ajak kami jugak ustaz."

"Benarlah apa Nabi SAW kata… Beruntunglah kamu berada di kalangan terasing. Islam hadir dalam keadaan terasing maka akan pulang dalam keadaan terasing. Kuatkan pegangan pada hadis dan Al-Quran," antara komen-komen netizen.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: