"Assalamualaikum everyone! πΆπ». Meet Raja Urhan bin Raja Syahiran π€. 'Urhan' bermaksud Pemimpin Yang Hebat, A Great Leader. Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta 'Noor Alhan', nama 'Urhan' juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.
"Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepada ramai orang π€²π» Aamiinn π€²π». And so.. Our parenthood journey begins. Bismillah," tulis pasangan Uyaina Arshad dan Raja Syahiran menerusi laman Instagram masing-masing.
Pasangan selebriti ini telah mengumumkan nama bayi sulung lelaki mereka yang dilahirkan Khamis lalu sebagai Raja Urhan Raja Syahiran. Dalam satu perkongsian, Urhan memiliki maksud yang cukup baik selain sebutannya hampir sama dengan ibunya.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, pasangan ini memaklumkan kehidupan sebagai ibu dan bapa sudah bermula untuk mereka jalani bersama. Menerusi perkongsian itu juga, wajah Urhan tidak kelihatan ketika Syahiran sedang mendukung anaknya itu.
Untuk makluman, Uyaina dan Raja Syahiran yang juga penyanyi melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, di sini, pada 20 Disember tahun lalu. Pada Khamis lalu, Uyaina yang merupakan seorang pengacara dan pelakon itu selamat melahirkan bayi lelaki menerusi pembedahan.
________________________
No comments:
Post a Comment