11 September 2022

NOOR NABILA JAWAB ISU PADAM GAMBAR SUAMI: "JODOH KAMI MASIH KUAT... 'ARCHIVE' GAMBAR BERSAMA SEBAB MERAJUK"



Semua sedia mengetahui mengenai usahawan yang juga kakak kepada selebriti Noor Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor yang bertindak memadam gambar dengan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin di laman Instagram miliknya.


Disebabkan itu, timbul spekulasi mendakwa perkahwinan dibina pasangan itu sedang bermasalah. Berhubung tindakannya itu, Noor Nabila berkata, adat dalam berumah tangga ada pasang surut.

"Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama. Doakan kami. Cuma, saya padam gambar bersama suami sebab merajuk. Biasalah dalam perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi 'archive' saja. Macam tulah.

"Cuma bila kita jadi perhatian, perkara kecil pun menjadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya merajuk lama tau," ujar Nabila yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Nabila menjelaskan hal tersebut ketika dia hadir bersama suami pada majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari di sini, malam tadi.

Klik untuk gambar besar



Menurut Nabila yang mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran pada 19 Mac tahun lalu, dia sedar akan implikasi atas tindakannya itu hingga menjadi bualan dan sorotan pihak media.

"Sebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Lofa dan keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pada saya juga. Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan dan berjiwa lembut.

"Saya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini dapat perhatian. Tapi sebab masa tu geram, jadi tak fikir. Kadang bila orang orang menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua orang," katanya.

Terdahulu, pada Julai lalu kisah rumah tangga pasangan ini menjadi teka-teki apabila Noor Nabila memadam semua foto di media sosial bersama suaminya. Namun, Noor Nabila memuat naik hantaran video di TikTok yang memaparkan suaminya sedang menjadi imam solat di rumah mereka, bulan lalu.

Kelibat Engku Emran dalam video itu jelas kelihatan ketika anak Noor Nabila, Jebat Jayden mengambil telefon bimbit yang digunakan untuk merakam aksinya sedang solat sebelum diletakkan di bahagian depan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: