11 September 2022

PU SYED: "BUKAN KERJA SAYA LIHAT SETIAP HARI MANA KONSERT NAK DIBUAT... JANGAN HARAPKAN USTAZ-USTAZ SAHAJA"



"Saya nak sebut untuk adik kakak sekalian, bukan kerja saya untuk melihat setiap hari mana konsert nak dibuat di Malaysia. Itu bukan kerja saya untuk cari. Apa yang kita maklumkan akan berlaku sesuatu perkara, kita cuba cegah tapi kemampuan kita terhad, anda semua tahu.


"Siapa la kita untuk ada kuasa mencegah secara total menyekat perkara mungkar itu. Saya berulang kali dah sebut. Mana-mana amal perbuatan yang mungkar dan mendatangkan dosa wajib dicegah dan ditentang.

"Saya tak ada kuasa, hanya mencegah melalui lisan. Tak adil kata begitu (double standard). Kalau anda tahu, anda perlu menegur dan mencegah perbuatan tersebut agar tidak berlaku.

"Jangan harapkan ustaz-ustaz sahaja. Kita semua perlu ke depan dalam mencegah kemungkaran ini," demikianlah kata Pencetus Ummah (PU) Syed apabila dituduh 'double standard' apabila tidak membantah konsert-konsert penyanyi tempatan dan luar negara seperti Dewa dan Noah.

Klik untuk gambar besar



Menerusi hantaran terbaru di Instagram (IG), PU Syed, 40, menyatakan dia tidak mempunyai kuasa untuk mengawal atau menghalang konsert daripada berlangsung dalam negara ini.

Syed turut memuat naik paparan skrin komen daripada netizen yang memintanya untuk menegur konsert Dewa yang berlangsung pada malam Jumaat, menerusi hantaran yang sama.

Dalam pada itu, Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata tugas mencegah kemungkaran adalah tugasan umat Islam bersama bukan terletak di bahu pendakwah sahaja.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: