11 September 2022

"KALAU ADA PELUANG BERDUA KENAPA TIDAK?" - ERRA TAK MAHU TERUS 'SINGLE', TAPI ALEESYA PULA TAK SETUJU



Penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira, 48, memberi bayangan masih ingin hidup berpasangan selepas penyanyi Ziana Zain yang secara berseloroh meminta Erra untuk kekal solo ketika membuat persembahan pada majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari di sini, malam tadi.


Erra yang hadir ditemani anaknya, Engku Aleesya dengan berpakaian sedondon warna hitam itu berkata, dia menyerahkan soal jodoh itu pada ketentuan Allah SWT.

"Saya tak nak 'single'. Kenapa nak 'single' bila boleh berdua? Namun, jika Allah dah kata macam itu terima sajalah. Kalau ada peluang berdua kenapa tidak?" katanya.

Sementara itu, Aleesya ketika ditanya sama ada dia bersetuju ibunya kembali hidup berdua, dia spontan menjawab tidak. Dalam masa sama, Erra berkongsi turut mendapat jemputan ke majlis perkahwinan rakannya, Shahir Zawawi baru-baru ini.

"Alhamdulillah, dia dah selamat diijabkabulkan dan menjadi suami orang. Semoga berkekalan hingga ke jannah. Minta maaf saya tak dapat hadir. Ada jemputan, tapi saya tak dapat hadir sebab ada urusan kerja," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: