"Hey @calvinklein!! Sampai hati tak ambil shima buat promo seluar dalam dan baju dalam ni!! Bukan apa, ramai artis malaysia dah dapat buat iklan ni! Cemburu lah tengok komen2 tempat dorang.. Ramai yang komen (WAH NICE, SO SEXY DEAR, LIKE IT, NICE SHAPE, U SLAYY, STUNNING).
"Nak try juga mana tau dapat komen2 hebat macam tu ðŸ˜," tulis penyanyi dangdut, Baby Shima menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Sebut saja nama Baby Shima, pasti ramai tahu penyanyi dangdut itu sering terpalit dengan pelbagai kontroversi panas antaranya tariannya yang sering menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Baru-baru ini perkongsian Baby Shima menjadi perhatian apabila meluahkan keinginnannya untuk mempromosikan baju atau seluar dalam keluaran jenama terkenal dunia iaitu Calvin Klein.
Klik untuk gambar besar
Menerusi perkongsian tersebut, Shima berkata ada segelintir selebriti tempatan sudah memperagakan jenama tersebut tetapi dia belum dirisik lagi.
Perkongsian Baby Shima itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan penyanyi itu seolah 'lapar' perhatian serta sengaja mengundang kecaman netizen.
Terdahulu, ramai yang mengecam penampilan Baby Shima ketika berada di Indonesia yang terlalu ketat sehingga menampakkan perkara tidak sepatutnya.
________________________
No comments:
Post a Comment