12 September 2022

MAIN WATAK 'AWANG' DI PENTAS MLS 3 - FATTAH AMIN DIDAKWA 'AWKWARD', INI REAKSI SHARNAAZ



"Alhamdulillah kami sudah matang. Hal yang dulu kita dah lepas jauh dibelakang. Hidup hari ni lebih positif dan membina," itulah kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang dilihat memberikan reaksi mengenai dakwaan netizen di Twitter dimana pelakon Fattah Amin dikatakan seolah kekok berada di satu pentas dengannya di Muzikal Lawak Superstar (MLS3).


Pasti ramai tahu Sharnaaz menjadi hos MLS3 bersama selebriti serba boleh, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom. Baru-baru ini, Fattah telah dijemput sebagai artis undangan bersama kumpulan Ubi. Membawa tema 'Mat Kilau', Fattah memainkan watak sebagai Awang.

Sebelum ini, kedua pelakon itu pernah menjadi perhatian ramai apabila dikatakan pernah dingin beberapa tahun lalu. Sedar namanya menjadi sebutan, Sharnaaz dilihat memberikan reaksi mengenai perkata itu mengatakan mereka berdua masing-masing sudah matang serta tidak mahu lagi memandang hal dahulu.

Kata bapa kepada seorang cahaya mata lelaki itu lagi, hidup yang dijalani hari ini lebih positif dan tidak perlu lagi bermusuh apatah lagi masing-masing sudah meningkat usia.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: