12 September 2022

WANITA PAKAI BAJU SEDONDON KE KONSERT - RAMAI DAKWA 'KEKASIH' SHUIB



Masihkah anda ingat lagi pengakuan pelawak Shuib Sepahtu dimana dirinya kini sedang mengenal hati budi seseorang, namun mereka masih dalam proses berkenalan. Shuib turut mendedahkan wanita tersebut hanya orang biasa dan bukan dalam kalangan industri seni serta merupakan pilihan ibunya.


Baru-baru ini, netizen seolah menghidu hubungan Shuib dengan seorang usahawan yang dikenali dengan nama Watie Hanifiah apabila tersebar satu enerusi satu video dikongsikan di TikTok, seorang pengguna menggabungkan foto Shuib dan wanita itu mengenakan pakaian dengan warna yang sama.

Difahamkan ketika di konsert Anuar Zain dan Ziana Zain Live in Kuala Lumpur pada Ogos lalu, Shuib dan Watie dilihat sedondon mengenakan warna kuning mustard.

Bukan itu saja, Shuib dan Watie juga memakai jaket berwarna hitam ketika konsert Dewa19 pada Jumaat lalu. Malah, ada yang mendakwa kedua mereka duduk bersebelahan ketika menonton konsert.

Klik untuk gambar besar



Diruangan komen Instagram Shuib, ada segelintir netizen meninggalkan komen mengusiknya serta mendakwa pelawak itu ke konsert berkenaan bersama Watie.

Dalam pada itu, hasil tinjauan mendapati Shuib juga dilihat sering meninggalkan tanda suka (like) terhadap foto yang dimuat naik oleh Watie.

Sebelum ini, Shuib pernah dikaitkan dengan pelakon Zara Zya dan Wan Sharmila. Namun, Shuib menjelaskan mereka hanya rakan industri sahaja.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: