"Ifa dah boleh agak dah yang akan tersingkir, setiap miggu akan bersiap sedia untuk disingkir, jadi bila disingkirkan aku okay. Rezeki saya hanya setakat minggu keempat sahaja.
"Bukan kita tak biasa masuk pertandingan, ini la adatnya, ada kalah dan menang. kita kena terima dengan hati yang terbuka.mungkin aku tak cukup bagus, ada yang lebih bagus daripada kita," ujar penyanyi Ifa Raziah yang sudah menjangkakan bahawa dia akan disingkirkan semalam di program realiti Terpaling Juara.
Peserta pertama tersingkir selepas hanya bertahan selepas empat minggu sahaja, Ifa menerusi satu temu bual dikongsikan di Instagram Terpaling Juara, menyifatkan kalah menang sebagai adat dalam satu pertandingan. Dalam masa sama, Ifa berkata dia akur dan terbuka menerima keputusan bahawa rezekinya hanya setakat itu sahaja.
Sementara itu, menerusi satu video dikongsikan di TikTok xtra, penyanyi berusia 47 tahun itu berkata dia tidak kisah dengan apa yang diperkatakan orang ramai terhadap dirinya kerana di percaya lebih ramai yang menyokongnya.
Klik untuk gambar besar
Malah, penyanyi yang lagu 'Ser Ser Ser' itu turut mengucapkan terima kasih kepada haters kerana merekalah yang menaikkan namanya secara percuma.
"Itu kak Ifa cakap daripada awal, aku tersingkir atau masuk final, tetap Ifa Raziah. Bukan semua orang tak suka aku, banyak yang sokong dan suka. Yang sokong aku, dia tak bersuara dan tak berkata, hanya diam serta memerhati sahaja.
"Kepada yang tak suka aku itu, aku okay sahaja. Tapi aku berterima kasih kerana haters-haters inilah yang bagi free marketing untuk aku, Alhamdulilah. aku semakin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan. Yang ketawakan aku pun, macam itu juga hidup kau. Aku ada produk sendiri dan kaya juga," katanya.
________________________
No comments:
Post a Comment