Konsert Jelajah Ulang Tahun ke-30 kumpulan terkenal Indonesia, Dewa19 yang diadakan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, telah berlangsung dengan penuh meriah, semalam.
Meskipun cuaca hujan, namun seramai 8,000 penonton tetap setia berada di konsert untuk menyaksikan persembahan luar biasa kumpulan itu.
Ramai selebriti tidak ketinggalan ke konsert tersebut dan ada berkongsikan momen ketika berada di konsert termasuk pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad.
Klik untuk gambar besar
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Nabil dilihat ada memuat naik video ketika berada di sana bersama isterinya, Nazirah Ayub serta mengatakan konsert Dewa19 itu sangat menyeronokkan.
Perkongsian Nabil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan komen sindiran mengatakan kali ini pengacara MeleTOP itu tidak terlupa tarikh seperti konsert Billie Eilish sebelum ini. Malah, ada yang mengusik Nabil kerana jika kali ini dia terlupa juga pasti akan 'terduduk' seperti sebelum ini.
________________________

No comments:
Post a Comment