10 September 2022

TIDAK LAGI BERGANTUNG ALAT PERNAFASAN - M DAUD KILAU SUDAH MULA BERCAKAP, MAKAN & MINUM



Sejak Rabu lalu, Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau, 84, telah menerima rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI) akibat masalah paru-paru berair. Terkini, keadaan kesihatan M. Daud Kilau dilaporkan semakin pulih apabila tidak lagi bergantung alat bantuan pernafasan, dia sudah boleh makan serta minum.


Anaknya, Ahmad Zaini ketika dihubungi memaklumkan perkembangan itu dan memberitahu bapanya juga sudah boleh makan seperti biasa: "Terima kasih semua yang mendoakan Datuk Daud. Syukur Alhamdulillah Allah kurniakan kesembuhan," katanya.

Menurut cucunya pula iaitu Norhasliyana Hassan, 32, datuknya yang popular dengan lagu 'Cek Mek Molek' itu juga sudah mula bercakap sejak pagi tadi.

"Kadar oksigen juga semakin pula, malah air dalam paru-parunya juga telah berkurangan. Keadaan itu membolehkan dia minum tanpa menggunakan tiub lagi. Dia juga tidak sesak nafas. Kami semua gembira dengan perkembangan itu kerana dia akan dibenarkan pulang ke rumah tidak lama lagi," katanya.

Tambahnya Norhasliyana, kemasukan datuknya ke HTI kali ini merupakan kali keempat dia dimasukkan ke hospital, dengan sebelum ini pernah menerima rawatan di Hospital Selayang bagi kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil.

Klik untuk gambar besar



Dia juga pernah menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada dua tahun lalu," katanya.

Sementara itu, isterinya Datin Rohani Awang Ngah, 62, mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang datang menziarahi serta mendoakan suaminya itu.

"Kalau ada yang kata suami saya dah meninggal, itu biasa saya lalui. Kalau dia masuk hospital mesti ada khabar angin sedemikian," tuturnya.

Sebelum ini, raja gelek itu dilapor kritikal kerana masalah paru-paru berair, sudah mula sedarkan diri dan stabil. M Daud Kilau dirawat di HTI selepas mengadu sesak nafas pada Rabu lalu. Dua tahun lalu, beliau pernah menjalani prosedur angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: