Laporan selebriti lelaki terkenal yang ditahan polis selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur, hangat diperkatakan.
Selebriti lelaki terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Klang, Selangor pagi Khamis lalu dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan kes tersebut.
Terbaru, tular perkongsian di Twitter mendakwa suspek berusia 40-an itu adalah seorang penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki yang membawakan watak memberi nasihat. Selain itu, suspek pernah memenangi program berkaitan ummah dalam penglibatan kariernya.
Perkongsian di Twitter itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa individu yang dimaksudkan itu adalah seorang PU. Tidak kurang juga, hasil tinjauan netizen mendapati selebtiti itu tidak muncul di segmen pagi di radio sejak semalam.
Dalam pada itu, ada yang memuat naik paparan biodata dan maklumat mengenai selebriti itu yang diambil di Wikipedia dimana memberi hint pada ciri-ciri yang dimaksudkan.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, diruangan komen Instagram selebriti itu, ramai yang meninggalkan komen untuk mengetahui kesahihan mengenai perkara tersebut.
Difahamkan, mangsa gangguan amang seksual berkenalan dengan suspek ketika terbabit dalam program motivasi. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, setakat ini, Polis Kontinjen Selangor menerima empat laporan iaitu dua di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, satu di IPD Shah Alam dan satu di IPD Kajang.
Menurutnya, kesemua laporan polis itu dibuat oleh empat individu berusia 17 hingga 18 tahun yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual fizikal selebriti lelaki itu.
"Siasatan awal pihak polis mendapati, suspek berusia lingkungan 40-an berkenalan dengan mangsa dalam program motivasi yang diadakan di sekolah di sekitar negeri Selangor. Hasil dari perkenalan itu, suspek didakwa bertindak melakukan jenayah amang seksual fizikal kepada semua mangsa," jelasnya dalam kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, penahanan suspek disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Arjunaidi berkata, bertindak atas maklumat berikut, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor membuat tangkapan ke atas suspek, 4 petang kelmarin di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
"Kebenaran tahanan reman selama enam hari mulai semalam sehingga 14 September diperolehi dari Mahkamah Majistret Klang bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," ujarnya.
Sumber memberitahu, perbuatan suspek terbongkar selepas beberapa remaja mendakwa manjadi mangsanya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
"Kesemua remaja itu dikenali suspek dan dia dipercayai menggunakan kaedah memujuk mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu. Mangsa yang trauma kemudian membuat laporan polis," katanya.
Beliau berkata, sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana ia akan menjejaskan siasatan serta boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
________________________
No comments:
Post a Comment