Nama Erin Malek sudah lama kita tidak dengar, setelah pelakon itu lebih menumpukan pada keluarga selepas mendirikan rumah tangga. Baru-baru ini, pelakon berusia 28 tahun itu ada berkongsikan foto percutian bersama suami dan dua anaknya ketika berada di Korea.
Namun, foto tersebut mengundang kritikan netizen apabila Erin dilihat tidak memakai tudung apabila hanya menyarung topi sehingga kelihatan rambutnya. Bukan kali pertama perkara ini diperkatakan, pada Mac lalu Erin turut dilihat tidak memakai tudung sebelum berlepas ke Dubai.
Menerusi bahagian komen, ada segelintir bertanyakan adakah pelakon itu tidak lagi bertudung dan sudah kembali free hair. Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen sindiran bertanyakan adakah tudungnya hilang ketika menaiki kapal terbang ke sana.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan Erin dilihat lebih cantik dan manis apabila bertudung serta mendoakan agar pelakon itu terus istiqamah.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment