10 September 2022

SELAMAT AKHIRI ZAMAN SOLO - SHARIFAH AMANI PILIH CEO, AHMED FARIS JADI SUAMI



"Alhamdulillah, di sebalik ujian pandemik C0V1D melanda dunia sejak dua tahun lalu, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah."


Itulah kata pelakon Sharifah Amani, 36, apabila dia kini sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Integrated iaitu Ahmed Faris Amir, 34, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara pada jam 10 pagi, di sini, hari ini.

Amani atau nama penuhnya atau nama penuhnya, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, meluahkan rasa syukur perjalanan majlis akad nikah dipermudahkan serta perancangan dilakukan sejak beberapa bulan lalu berjalan lancar.

Klik untuk gambar besar



Dalam majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Berkongsi mengenai suaminya, pelakon berusia 36 tahun itu mengakui dia terpikat dengan kebijaksanaan Ahmed Faris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta pandai menhambil hatinya

"Suami tangkas dalam setiap gerak-geri. Dia pandai dan bijak mengambil hati saya. Malah, pada masa sama, suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang 'gila-gila' dan terbaik," ujarnya.
























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: