22 October 2022

23 TAHUN HIDUP TANPA 'TEMAN' - IBU NADIA BRIAN SELAMAT BERNIKAH LAGI



"Alhamdulillah, selepas 23 tahun, ibu kini ada peneman hidupnya. Saya dan adik-beradik lain tumpang bahagia untuknya," demikianlah tutur pelakon Nadia Brian yang berkongsi rasa bahagia selepas ibunya, Cassandra Husmarita Hussain, 53, selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Nor Adli Abu Samah, 47, semalam.


Nadia ketika dihubungi berkata, ini adalah hari bahagia buat ibunya selepas 23 tahun hidup sendiri. Husmarita dan Adli diijabkabulkan dalam majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, semalam dan dihadiri keluarga terdekat.

"Semuanya berlangsung dengan lancar pada tengah hari semalam. Sepatutnya saya ikut ibu sekali, tetapi saya rasa sangat sayu sampai tak boleh berhenti menangis.

"Inilah yang dikatakan jodoh. Siapa sangka, selepas 23 tahun, akhirnya ibu dipertemukan dengan jodoh yang baik dan ada pengetahuan agama seperti Uncle. Ibu bekerja dalam bidang kaunseling dan Uncle diperkenalkan oleh pensyarah di universiti tempatnya bertugas," katanya.

Kedua-dua mempelai akan diraikan dalam majlis makan tengah hari ringkas pada 30 Oktober ini di kediaman mereka.

Terbaharu, drama lakonan Nadia, 'Suri Hati' kini sedang ditayangkan di slot Samarinda TV3.Selain Nadia, drama itu juga turut dibintangi Puteri Sarah Liyana, Adriana Adnan dan ramai lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: