22 October 2022

PAKAI TUDUNG DEDAH LEHER & TELINGA - WAWA ZAINAL KENA TEGUR



Siapa mengikuti Wawa Zainal di media sosial, pasti tahu pelakon ini tidak lokek berkongsikan aktiviti harian buat tatapan peminat, meskipun jarang dilihat di kaca televisyen.


Baru-baru ini, perkongsian isterikepada pelakon Aeril Zafrel itu menjadi perhatian apabila memuat naik gambar dan video bersama anak perempuannya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Bagaimanapun, gaya tudung yang dipakai Wawa itu telah menarik perhatian apabila dikatakan tidak sesuai dengan penampilannya sebagai wanita berhijab.

Klik untuk gambar besar



Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial meluahkan rasa kurang senang dengan gaya tudung dipakai Wawa apabila menampakkan bahagian leher dan telinganya.

Malah, ada yang menegur semakin lama tudung yang dipakai semakin pendek serta menitipkan pesanan supaya pelakon itu lebih menjaga aurat.

Meskipun pelbagai komen kritikan ditinggalkan oleh pengguna laman sosial, namun tiada komen balas daripada Wawa dan video tersebut masih lagi disiarkan.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: