22 October 2022

SAKINAH SAHKAN AKAN BERCERAI DENGAN MICHAEL HENSEN - PENAT JALANI HUBUNGAN JARAK JAUH



"Ya, kami akan bercerai dan akan menjalani kehidupan masing-masing selepas ini. Saya tidak mahu lagi menjalani hubungan jarak jauh kerana ia memenatkan. Tenaga saya sudah habis. Saya mahu gembira dan memberi fokus kepada kehidupan.


"Michael tidak boleh menetap di Malaysia kerana mempunyai komitmen kerja dan keluarga yang masih di bawah tanggungannya," itulah kata pelakon Sharifah Sakinah yang mengesahkan bakal berpisah dengan suaminya, Michael Hensen, selepas sebelum ini hangat diperkatakan mengenai status rumah tangganya.

Jelas Sakinah, sepanjang tiga tahun bersama hubungan mereka sering berdepan masalah dan hubungan jarak jauh memenatkan baginya apatah lagi perlu berulang alik.

Mengulas mengenai postingnya itu, Sakinah berkata dia tidak mahu timbul salah faham jika dia dilihat bersama lelaki lain selepas ini. Malah, dia terbuka untuk meminta Michael meneruskan kehidupan termasuk jika bertemu pengganti dirinya.

Klik untuk gambar besar



"Kalau jumpa lelaki lain selepas ini, bye-bye. Saya ada bercakap dengan Michael, jika dia ada berjumpa dengan wanita lain, teruskan. Kalau jumpa lelaki lain selepas ini, bye-bye," ujarnya.

Terdahulu, Sharifah Sakinah dan Michael Hansen mengakui sudah berumah tangga sekitar Februari lalu. Sakinah berkata dia terpaksa merahsiakan mengenai perkahwinannya itu atas beberapa faktor peribadi.

Untuk makluman, Sakinah dan Michael berkahwin pada penghujung 2020 namun hanya berkongsi tentang perkahwinan mereka kepada umum pada Februari 2021. Pelakon itu sebelum ini pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun pasangan itu bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun. Manakala Michael pula mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: