23 October 2022

AKHIRNYA BUKA TIKTOK DEK BANYAK AKAUN PALSU - PUTERI BALQIS AKUI KEKOK & TAKUT



"Hello, saya Puteri Balqis. Ini adalah akaun TikTok pertama saya dan saya hanya menggunakan untuk tujuan kerja dan berkongsi puisi. Saya agak kekok dan takut untuk menggunakan platform media sosial ini kerana ramai yang bermain TikTok.


"Namun, saya bersyukur kerana anda semua sentiasa menyokong saya dan saya doakan agar anda semua berada dalam keadaan baik," itulah kata pelakon Puteri Balqis yang akhirnya membuka akaun TikTok sebagai platform berkongsi aktiviti seni dan memuat naik puisi yang ditulis.

Sedar ramai menggunakan TikTok, Balqis atau nama penuhnya Puteri Balqis Aziz, 15, bagaimanapun berkongsi rasa takut membuka akaun di laman sosial berkenaan.

Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish memuat naik video di laman sosial itu bagi memaklumkan tentang akaun rasminya yang menggunakan nama @morosechildofficial.

Klik untuk gambar besar


Pun begitu, Aqish berkata, dia bersyukur kerana peminat sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan agar pengikutnya sentiasa berada dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan sokongan terhadap pelakon ini dan mendoakan kejayaannya dalam bidang lakonan selain memintanya untuk tidak mensia-siakan bakat pada dirinya.

"Tahniah, Balqis. Moga terus berjaya." - "Hi Aqish, saya di sini untuk awak. Semoga Allah sentiasa bersama awak walau di mana sahaja kaki melangkah."- "Done follow Aqish, semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah. Kami sentiasa sokong Aqish," tulis pengikutnya-pengikutnya.

Menerusi tinjauan, banyak akaun palsu menggunakan nama Aqish di platform berkenaan sebelum ini. Sehingga kini, akaun TikTok berkenaan sudah mempunyai lebih 5,000 pengikut dan Aqish memuat naik video pertama di platform itu lima hari lalu.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: