23 October 2022

MAIN 'FLYING FOX' - ANAK ZARINA ZAINUDDIN BACA AL-FATIHAH HILANG GEMENTAR BUAT RAMAI TERSENTUH



"Sejuk sikit telinga dengar, pandai dan lancar dia baca surah Al-Fatihah. Walaupun tak sempurna tapi masih lagi menyebut perkara yang baik-baik, tersentuh dengar." - "Alhamdulillah, inilah anak yang mengheret ibu bapanya ke syurga. Pandai kak Zarina jaga anak syurga."


Antara komen pengguna laman sosial yang tersentuh dengan gelagat salah seorang anak kembar pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal Azrai yang lancar membaca surah Al-Fatihah bagi menghilangkan rasa gementar ketika melakukan aktiviti lasak 'flying fox'.

Ramai yang meluahkan rasa kagum dengan kebolehan Azal membaca ayat al-Quran dengan baik, meskipun dia adalah anak syurga yang menghidap autisme sejak lahir. Untuk makluman, selain Azal, anak kembar Zarina yang lagi seorang iaitu Razil Azrai juga autisme.

Walaupun sebelum ini kedua-dua mereka pernah dilabel sebagai 'gila' oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyunting informasi mengenai mereka di Wikipedia namun Zarina tidak pernah patah semangat dalam menjaga dan memberikan yang terbaik buat anak kesayangannya itu.

Klik untuk gambar besar



Menerusi rakaman video yang dimuat naik akaun TikTok Sugeh Resort, Azal dipercayai mencuba aktiviti berkenaan ketika bercuti di lokasi tersebut. Ramai memuji cara Azal menenangkan diri sekaligus kagum dengan keberanian anak istimewa tersebut melakukan aktiviti lasak.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji Zarina kerana tetap memberikan didikan agama yang baik kepada anak-anak meskipun mereka adalah golongan kelainan upaya.

Sementara itu, dalam hantaran lain di Instagram, Zarina memberitahu anaknya itu telah memaafkan mereka yang menghina dirinya. Dalam video berkenaan, Azal turut meminta orang ramai agar lebih menghormati dirinya sebagai insan autisme.

"Azal cakap dia dah maafkan orang yang mengata dia. Saya cakap dengan Azal, jangan simpan dendam. Kita maafkan, kita lupakan... hidup perlu diteruskan," kongsinya.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: