22 October 2022

NANA SHEME SELAMAT AKHIRI ZAMAN SOLO - PILIH PRODUSER MUZIK SEBAGAI SUAMI



Pada petang Sabtu, penyanyi Nana Sheme selamat bergelar isteri dengan jejaka pilihannya yang juga seorang produser muzik berasal dari Pulau Pinang, Zikri Zakaria dengan sekali lafaz.


Majlis pernikahan yang berlangsung di Damai Central, Kuching, Sarawak itu menyaksikan Nana Sheme atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 27, dinikahkan oleh jurunikah Khalid Ibrahim berwakil walikan bapanya, Hashimi Alwi.

Pada acara tersebut yang dihadiri ahli keluarga dan teman rapat pasangan pengantin, Zikri menyerahkan dua dinar emas sebagai mas kahwin kepada Nana Sheme.

Menerusi siaran langsung di laman Instagram penyanyi lagu 'Hantu atau Buaya' itu, pasangan berkenaan dilihat memakai pakaian sedondon serba putih.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, majlis kenduri pasangan itu di Kuching bakal berlangsung pada malam Sabtu di lokasi sama. Manakala majlis menyambut menantu di pihak lelaki akan diadakan di Sungai Petani, Kedah dalam masa terdekat.

Untuk makluman, Nana dan Zikri mengikat tali pertunangan pada Mei lalu namun bertindak merahsiakan perkara itu atas sebab-sebab tertentu.

Sebelum ini, Nana pernah mendedahkan cinta di antara mereka berputik ketika dia menyertai pertandingan Big Stage musim ketiga. Malah katanya, Zikri adalah insan bertanggungjawab menjaganya sepanjang menyertai pertandingan berkenaan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: