23 October 2022

PANDANGAN 'MEMUKAU' - NEELOFA DIPERSOAL TUJUAN BERNIQAB



Nampaknya selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa sekali lagi mencuri tumpuan dan menjadi bualan apabila baru-baru ini seorang individu telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan bahagian mata ibu kepada Bilal itu.


Individu itu dilihat telah memuat naik beberapa siri foto memaparkan mata Neelofa yang sememangnya cantik di samping mengenakan solekan minimal.

Neelofa yang memakai hijab dan niqab berwarna coklat keemasan itu telah meraih pujian apabila dilihat berpakaian sopan dan patuh syariah.

Meskipun hanya ternampak bahagian mata, namun ramai yang memuji kecantikan. Bagaimanapun, ada juga yang mengkritik Neelofa seolah-olah sengaja menarik perhatian meskipun berniqab.

Klik untuk gambar besar



"Tujuan berpurdah sebab tak nak tarik perhatian orang. Nie dah terbalik pulak," katanya.

Lebih teruk lagi, ada yang tergamak menulis Neelofa seperti menjatuhkan martabat pakaian pejuang wanita Islam.

"Di padang mahsyar nanti terdapat golongan tak dapat bersama Fatima Az-Zahra iaitu orang yag menjatuhkan pakaian Saidatina Fatima," tulisnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: