Pelawak Shuib Sepahtu baru-baru ini ada memuat memuat naik video di TikTok dimana ia memaparkan rakannya, Ajak Shiro sedang bermesra dengan isterinya.
Menerusi video tersebut, Ajak dilihat menyuap makan isterinya yang berada di sebelah dan Shuib pula menyuap dirinya sendiri.
Perkongsian Shuib itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang sebak apatah lagi pelawak itu sudah kehilangan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Klik untuk gambar besar
Kata mereka, jika arwah masih ada lagi, sudah pasti pasangan itu paling romantis dan sudah pasti Shuib juga terimbau kembali kenangan bersama isteri tercinta.
Dalam pada itu, rata-rata pengguna laman sosial mendoakan agar Shuib diberikan kekuatan serta dipertemukan dengan jodoh yang baik untuk menjadi ibu buat anak-anaknya.
________________________

No comments:
Post a Comment