31 October 2022

"JANGAN PANDANG HARTA, KENA JUJUR... " - VIDA MAHU CIK B SEGERA CARI TEMAN LELAKI, TAK KISAH KAHWIN MUDA



"Saya tahu Cik B pandai jaga diri dan dia memang tak nak ada teman lelaki. Tapi saya kata Cik B kena cari teman lelaki sebab saya tak nak bila dia dah tua baru nak cari teman lelaki, tak boleh! Sekarang ni umur 20 pun orang dah nikah, saya pun nak kena cepat-cepat dapat cucu.


"Orang yang betul-betul boleh menerima Cik B seadaanya. Jangan pandang harta Cik B walau Cik B banyak harta, kena jujur bersama Cik B," demikianlah kata usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida yang berharap anak perempuannya iaitu Cik B cepat-cepat mempunyai teman lelaki.

Menerusi temubual bersama mStar, Vida berkata dia tidak kisah jika Cik B terus sahaja berkahwin sebaik sahaja tamat persekolahan, malah tidak sabar untuk menimang cucu.

Dalam pada itu, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, turut memberikan kriteria bakal menantunya haruslah seorang lelaki yang boleh menerima anaknya itu seadanya dan bukan mata duitan.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, penampilan terbaru Cik B menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil berambut seperti seorang lelaki. Vida berkata, dia tidak kisah Cik B tampil dengan imej sedemikian serta mahu anaknya itu meneroka ketika berada di zaman remaja serta melakukan apa yang disukainya.

Dalam perkembangan lain, Vida menjadi cameo duet bersama penyanyi Alyph dalam single terbaharu berjudul 'Swipe'. Untuk lagu terbaharu, Vida berkata dia tidak menggunakan sebarang teknik marketing seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Tidak ada viral atau gimik yang akan membuatkan netizen kecam untuk lagu ini. Sejujurnya saya akui susah nak naik kalau mereka di luar sana tak kongsi lagu ni... sebab kalau benda negatif orang tengok sekejap saja," ujarnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: