31 October 2022

MENANGIS UMUM BERHENTI BERLAKON, TAK TAHAN ASYIK DIKECAM - FATIN AFEEFA TAYANG KEKASIH JUTAWAN?



Semua sedia maklum mengenai isu melanda antara pelakon Fatin Afeefa dan bekas suaminya, Adam Shahz berikutan ungkit-mengungkit kisah perceraian mereka yang ketika ini hangat diperkatakan.


Menerusi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, ibu kepada dua cahaya mata itu membuat satu lagi pendedahan mengenai isu melibatkan bekas suaminya.

Dalam video tersebut, Fatin yang dilihat mengalirkan air mata itu berkata dia tidak tahan dengan kontroversi melanda dirinya serta membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam industri seni.

Menurut Fatin, dia mengambil keputusan itu kerana tidak mahu anak-anak berasa terganggu dengan kontroversi melanda dirinya ketika ini. Kata Fatin lagi, dia berharap dengan keputusannya ini dapat memberikan kebahagiaan buat bekas suaminya selepas pelbagai tohmahan dilemparkan.

Klik untuk gambar besar



"Saya dah tak nak hidup macam ni. Saya dah berhenti berlakon. Menyanyi pun dah tak ada. Saya dah 10 bulan tak berlakon mana-mana. Bagi lah fame ni semua kat dia. Kalau dia bahagia macam ni, ambil lah.

"Saya selama ni tak pernah bagi kenyataan apa-apa. Tapi dia?" kata Fatin yang turut menberitahu dia mahu memberi fokus kepada anak-anaknya dan perniagaan yang diusahakannya ketika ini.

Sementara itu, tular pula gambar Fatin bersama seorang lelaki didakwa kekasihnya sehingga ia menjadi bualan ramai. Menerusi gambar tersebut, Fatin dilihat berpegangan tangan dengan lelaki misteri itu sekaligus membuatkan pengguna laman sosial tertanya-tanya siapa gerangan jejaka kacak itu.



Di media sosial, ada netizen mendakwa lelaki tersebut merupakan seorang jutawan namun tidak dapat dipastikan kesahihan perkara itu. Dalam pada itu, ada netizen mendakwa mungkin ini sebab mengapa bekas suami 'meroyan' kerana Fatin dikatakan sudah bahagia bersama yang lain.

Rata-rata pengguna laman sosial mendoakan agar Fatin segera mendirikan rumah tangga serta memuji pasangan itu sememangnya sama cantik, sama padan.

Terdahulu, Fatin berkata dia sudah pun 'move on' daripada kisah lalu perkahwinannya serta mengatakan bakal berkahwin dengan teman lelakinya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: