03 October 2022

BELUM REDA ISU MELUDAH DI PENTAS - TULAR PULA VIDEO NOH HUJAN SELAMBA TUNJUK JARI TENGAH



Nama penyanyi Noh Salleh ketika ini hangat diperkatakan selepas tular video dirinya meludah di atas pentas dipercayai ketika membuat persembahan di konsert Hausboom Music 2022.


Bagaimanapun, pengurus kumpulan Hujan, Ahmad Ariffin Ahmad tampil mendakwa vokalis kumpulan Hujan itu sebenarnya terkena renjatan elektrik daripada mikrofon yang menyentuh wajah yang dipenuhi peluh hingga mulutnya kebas.

Malah Ahmad Ariffin atau lebih dikenali Ipin turut memohon maaf sekiranya air liur terbabit terkena pada penonton dan dalam masa sama menjawab persoalan netizen mengenai keadaan kesihatan mental Noh susulan beberapa insiden yang tular membabit penyanyi itu sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Terbaru, tular pula video Noh dikatakan menunjukkan jari tengah. Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok, Noh dilihat melambai ke arah peminat sambil tersenyum sebelum menunjukkan isyarat jari tengah.

Tindakan Noh itu ternyata mengejutkan ramai netizen yang tidak menyangka penyanyi yang berusia 37 tahun menunjukkan isyarat jadi tengah yang disifatkan tidak sopan apatah lagi dia sudah bergelar haji.

Tidak kurang juga, ada netizen tertanya-tanya mengapa dengan bekas suami usahawan dan aktivis masyarakat, Mizz Nina itu yang secara tiba-tiba berbuat demikian.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: