04 October 2022

DIABETIS TINGGI & JANGKITAN PARU-PARU - KOMPOSER WAN ZUL KINI KRITIKAL & DITIDURKAN



Komposer terkenal, Wan Zul yang dimasukkan ke Hospital Kemaman, Terengganu, sejak semalam itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan.


Berita mengenai keadaan Wan Zul dimaklumkan Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail kepada Harian Metro selepas memperoleh berita sedih itu dari kumpulan WhatsApp Seniman.

Pengirim mesej itu memaklumkan Wan Zul yang mencipta lagu popular kumpulan Iklim iaitu 'Suci Dalam Debu' kini dirawat di hospital berkenaan. "Menurut anaknya, Wan Zul menghidap diabetis tinggi dan jangkitan paru-paru. Sekarang oksigen 'level drop'. Mungkin ke ICU (Unit Rawatan Rapi). Sama-sama kita doakan semoga diberikan kesembuhan untuk beliau," tulisnya.

Sementara itu, cubaan media menghubungi keluarganya tidak berjaya.

Selain lagu 'Suci Dalam Debu', Wan Zul turut mencipta beberapa lagu popular lain seperti 'Hanya Satu Persinggahan' (Ekamatra), 'Antara Sutra Dan Bulan' (Damasutra), 'Aduhai Seribu Kali Sayang' (Iklim), 'Kerana Takdir' (Saleem) dan banyak lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: