28 October 2022

BILA AMERUL AFFENDI 'TAYANG' PERNAH MENANG ANUGERAH LUAR NEGARA: "MAAF TERHENSEM PULAK... FINAS DIAM JE TU?



Semua sedia maklum mengenai isu yang ketika ini masih lagi menjadi perdebatan hangat dikalangan rakan artis dan pengguna media sosial dimana ia mengulas berhubung pelakon baru perlu mempunyai raut wajah yang kacak dan cantik setelah ia diutarakan oleh pengarah terkenal, A.Aida baru-baru ini.


Antara selebriti yang tampil menyuarakan pendapat mereka adalah seperti Amerul Affendi, aktres Nasha Aziz dan juga pengarah Fadzil Teh.

Amerul yang sememangnya diketahui ramai sebagai pelakon berbakat dan versatil itu menerusi Twitetr miliknya tampil mengkritik pendirian A.Aida baru-baru ini.

Terbaru, pelakon filem 'Mencari Rahmat' itu ada 'mengusik' Finas apabila dia memuat naik video dia tampil kacak bergaya ketika menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Asian International Film Festival.

Klik untuk gambar besar



"Maaf ter-hamsem pulak. Finas diam je tu.? Dah kenapa? Terkesima ke? p/s : Ini semasa menerima anugerah "Best Supporting Actor di Asian International Film Festival"," tulis Amerul.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial memuji ketampanan Amerul selain memuji taraf lakonannya yang tidak dinafikan, dekat di hati penonton.

"Ni baru wajah melayu betul. Dah la berlakon pun power. Wajah mix badan berkepok-kepok berlakon ala kadar je," kata pengguna laman sosial.

Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar Amerul 'jalan terus' dan tidak mensia-siakan bakat yang dikurniakan Allah S.W.T kepada dirinya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: