28 October 2022

"BILA SEBUT NAMA SHARNAAZ... SAYA TAK RASA APA-APA, TAK KISAH PUN" - SHILA AMZAH



"Sebenarnya, hal itu mudah, apabila kita sudah move on, semua perasaan akan hilang, even perasaan benci sekalipun tak akan ada. Bila kita sudah move on, takkan ada secebis sisa rasa apa pun terhadap bekas kekasih kita.


"Bila orang nak sebut nama Sharnaaz even saya sedang sebut nama dia sekarang... I don't feel anything," ujar penyanyi Shila Amzah yang mendedahkan yang dia tidak lagi mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Disebabkan hal itu, Shila yang kini merupakan peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) itu tidak kisah jika ada keperluaan untuk dia menyebut nama Sharnaaz di khalayak umum.

Klik untuk gambar besar



Shila berkata demikian bagi mengulas mengenai reaksi wajahnya yang bersahaja ketika menyebut nama Sharnaaz menerusi montaj selingan yang ditayangkan sebelum persembahannya menerusi Konsert Minggu Keenam GV9 yang berlangsung Ahad lalu.

Dalam pada itu, Shila menjelaskan, secara profesional dan peribadi, dia tidak mempunyai masalah dengan bekas kekasihnya itu.

"Saya tak kisah pun... secara profesionalnya atau peribadi, saya tiada masalah dengan Sharnaaz. Selalu sahaja saya bergurau dengan fans kalau mereka ada sebut nama Sharnaaz. Saya macam tak mengapalah, asalkan korang happy sudahlah ek," tutur Shila.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: