28 October 2022

TAMAT PENGAJIAN DI UUM - FATTAH AMIN, AMIR MASDI, TOMOK, PEKIN IBRAHIM ANTARA YANG PEROLEH ANUGERAH DEKAN



Sepanjang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM), seramai 28 orang penggiat seni terdiri daripada pelbagai cabang menerima pengiktirafan atas kejayaan mereka dimana memperoleh Anugerah Dekan.


Antara selebriti yang menerima anugerah berkenaan termasuklah Fattah Amin, Amir Masdi, Tomok, Pekin Ibrahim, Aril Pilus dan Haziq AF. Selain selbriti, beberapa pengurus artis dan wartawan hiburan turut menerima anugerah sama.

Pada acara itu, Dekan Fakulti Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM, Dr Ahmad Hisham Zainal Abidin turut hadir menyampaikan anugerah kepada semua penerima.

Berhubung penganugerahan itu, Fattah yang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang industri kreatif di UUM sekitar penghujung 2015 itu meluahkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan pengajian dalam Industri Kreatif & Seni Persembahan dalam Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi perjalanan menyambung pengajian menerusi program jarak jauh, Fattah mengakui dia ada melalui fasa mencabar sekitar tahun 2017 dimana ketika itu popularitinya sedang memuncak.

Kata Fattah, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh kuliah, namun kejayaan ini membakar semangatnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.

"Alhamdulillah, saya bersyukur berjaya menamatkan pengajian dan menerima Anugerah Dekan untuk semester akhir... sebenarnya tak sangka saya dapat 4 flat untuk semester ini.

"Sejujurnya ada juga saya struggle... lagi-lagi masa tahun 2017, ketika itu saya memang sibuk dengan shooting drama, filem dan pada masa sama waktu tu juga saya menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian.



"Saya ada niat untuk sambung ke peringkat seterusnya tapi belum ada perancangan dalam masa terdekat," tutur pelakon 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan' itu.

Sementara itu, Amir atau nama penuhnya Amir Syazwan Masdi, 26, turut berkongsi pengalaman sepanjang melanjutkan pengajian, selain berkata ijazah tersebut adalah berkat kejayaan mengharungi pelbagai cabaran sebagai seorang pelajar dan penyanyi.

"Paling penting ibu bapa saya paling bangga dengan pencapaian akademik ini. Saya juga sangat bersyukur kerana berjaya mengharungi semua cabaran sepanjang pengajian.



"Mungkin dengan ilmu ini saya boleh manfaatkan untuk bantu industri jika tidak lagi aktif menyanyi pada masa depan," kata Amir ketika ditemui pada majlis penyampaian anugerah tersebut yang berlangsung di Damansara pada Khamis.

Tidak ketinggalan, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Izhan Ibrahim, 41, berkata, hasrat melanjutkan pengajian adalah disebabkan melihat adik-beradiknya yang lain sudah memiliki segulung ijazah.

Sebagai anak bongsu dalam keluarga, Pekin terdorong untuk mengikut jejak langkah keluarga yang lain dan bersyukur impian itu akhirnya terlaksana.

"Saya ini anak bongsu, apabila adik-beradik lain ada ijazah, mestilah saya pun terdorong nak ikut jejak mereka. Bukan mudah nak mengharungi segala cabaaran. Terpaksa bahagi masa untuk kelas, perniagaan dan juga lakonan," ujarnya.













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: